Thursday, February 25, 2010

MauliduRasul

ASSALAMUALAIKUM...

Apa erti maulidur rasul kepada kita umat islam dan masyarakat islam pada hari ini...
Kenapa kita bercuti dihari tersebut?..

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu hari kelahiran nabi junjungan kita yang merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Percaya kepada nabi dan rasul adalah rukun iman yang ke-4. Iaitu meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah S.W.T. untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik dan diredhai Allah.

12 Puzzle Flash Game