Wednesday, April 14, 2010

Tip Penjagaan KAKI

kaki

Penjagaan kaki seringkali mendapat perhatian yang terakhir sekali oleh seseorang, selaras dengan kedudukannya yang paling terkebawah pada tubuh manusia. Namun ini tidak bermakna bahawa kepentingannya adalah yang paling rendah berbanding dengan anggota-anggota yang lain. Berikut adalah beberapa tips penjagaan

Berehat
Sebahagian besar sakit kaki adalah sisebabkan oleh penggunaan otot kaki secara berlebihan. Kaki mempunyai empat kumpulan otot asas untuk membolehkan ia digerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Dalam jangka masa yang tertentu, kaki akan berasa sakit kerana penggunaan otot secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, kita hendaklah berehat seketika (untuk mengelak muscle tension), Sebaik-baiknya angkat kaki sehingga ke paras 45 darjah. Senaman ini dilakukan selama 10 minit.

Rendam kaki
Masukkan dua sudu kecil garam Epsom (boleh didapati di farmasi) ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim.

Urut
Berurut dapat melegakan kesakitan. Gunakan minyak urut, minyak bayi ataupun losyen khusus untuk mengurut kaki.

Gunakan air batu
Satu cara untuk mengelakkan kaki dari terus berasa sakit dan membengkak ialah dengan mengunakan ketulan air batu. Bungkus ketulan itu dengan kain kemudian ditekapkan di kaki.

Senaman kaki
Sebagaimana anggota tubuh yang lain, kaki juga akan sentiasa sihat jika kita sering bersenam. Senaman yang boleh dilakukan;
- tanggalkan kasut, letakkan tapak kaki di atas bola golf dan pusingkan tapak kaki beberapa kali
- Taburkan guli di atas lantai dan kutip dengan menggunakan ibu jari kaki

Potong kuku kaki
Kuku yang terlalu panjang boleh menyakitkan kaki. Oleh itu, potong kuku dengan sempurna.

Kawalan berat badan
Badan yang terlalu gemuk boleh meninggalkan kesan tidak sihat pada kaki kerana ia terpaksa menampung berat badan yang tidak seimbang. Justeru itu amalkan diet yang seimbang untuk kesan pemulihan jangka
panjang.

Beli kasut yang sesuai
Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada kaki. Contohnya, apa bila hendak bersukan dan bersenam, pastikan kasut digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti.

Jangan pakai kasut koyak
Elakkan memakai kasut yang sudah koyak. Sebaik-baiknya gantikan dengan sepasang kasut yang lebih selesa. Antara tanda kasut yang tidak sesuai lagi untuk dipakai ialah;

    • kaki berasa sakit
    • kaki cepat letih- lutut kelihatan bengkak
    • kesakitan pada pangkal peha
Selamat Mencuba

Artikel ini dipetik daripada;
Cara Jaga Kaki
Berita Minggu (11 Oktober 1998)
Ruangan Panduan

12 Puzzle Flash Game