Tuesday, September 13, 2011

Sang Pencerah

UNTUK TATAPAN & PEMBACAAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Sang Pencerah adalah film drama tahun 2010 yang disutradarai oleh Hanung Bramantyo berdasarkan kisah nyata tentang pendiri Muhammadiyah, Ahmad Dahlan. Film ini dibintangi oleh Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan, Ihsan Idol sebagai Ahmad Dahlan Muda, dan Zaskia Adya Mecca sebagai Nyai Ahmad Dahlan.

Film ini menjadikan sejarah sebagai pelajaran di masa kini tentang toleransi, koeksistensi (bekerjasama dengan yang berbeda keyakinan), kekerasan berbalut agama, dan semangat perubahan yang kurang.[1] Sang Pencerah mengungkapkan sosok pahlawan nasional itu dari sisi yang tidak banyak diketahui publik. Selain mendirikan organisasi Islam Muhammadiyah, lelaki tegas pendirian itu juga dimunculkan sebagai pembaharu Islam di Indonesia. Ia memperkenalkan wajah Islam yang modern, terbuka, serta rasional.[2]

Sinopsis

Sepulang dari Mekah, Darwis muda (Muhammad Ihsan Tarore) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang melenceng ke arah sesat, Syirik dan Bid'ah.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Ka'bah di Mekah, melainkan ke Afrika. Usul itu kontan membuat para kiai, termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo), meradang. Ahmad Dahlan, anak muda yang lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap membangkang aturan yang sudah berjalan selama berabad-abad lampau.

Walaupun usul perubahan arah kiblat ini ditolak, melalui suraunya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah. Ahmad Dahlan dianggap mengajarkan aliran sesat, menghasut dan merusak kewibawaan Keraton dan Masjid Besar.

Bukan sekali ini Ahmad Dahlan membuat para kyai naik darah. Dalam khotbah pertamanya sebagai khatib, dia menyindir kebiasaan penduduk di kampungnya, Kampung Kauman, Yogyakarta. "Dalam berdoa itu cuma ikhlas dan sabar yang dibutuhkan, tak perlu kiai, ketip, apalagi sesajen," katanya. Walhasil, Dahlan dimusuhi.

Langgar kidul di samping rumahnya, tempat dia salat berjemaah dan mengajar mengaji, bahkan sempat hancur diamuk massa lantaran dianggap menyebarkan aliran sesat[3].

Dahlan, yang piawai bermain biola, dianggap kontroversial. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda, serta mengajar agama Islam diKweekschool atau sekolah para bangsawan di Jetis, Yogyakarta.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan priyayi Jawa di Budi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Ganesha), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adhiswara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.[4]


Referensi

Sunday, September 19, 2010

bahaya DENGGI

17 September 2010 lepas, dapat tau ada seorang sahabat terkena demam denggi, Aina namanya. Tapi dia xmoh masuk wad, so doktor suh datang ari ni. Dan dia kena tahan di wad Zamrud tingkat 5 bilik no 510 di DEMC Shah Alam.

So lepas berOPEN house tadi, kami g lawat Aina... kat sana mak & adik Aina ada sekali... tiba2 ramai lak sahabat len yg datang melawat... penuh la pulak..tup2 doktor pon datang nak check Aina. Kami disuruh kuar.

Sementara tunggu doktor check kami g tingkat 3 lawat sahabat yg baru melahirkan baby boy. Pastu patah balik g bilik 510. TInggal mak & Aina jek di sana. Seketika kemudian selepas berborak kami beransur pulang.

Friday, September 10, 2010

Syawal datang lagik...

Bulan Syawal merupakan bulan ke 10 dalam Takwim Hijrah.

Pada 1 Syawal, umat Islam meraikan hari raya 'Idil Fitri atau Aidil Fitri sebagai hari kemenangan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan (29@30 hari) pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadhan. Makanya adalah haram berpuasa pada hari tersebut (1 Syawal).

Hari Raya Aidilfitri adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya. Bulan ini dikatakan sebagai bulan yang istimewa untuk umat Islam. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat selama enam hari.

Wednesday, August 11, 2010

Bulan Ramadhan Bulan Mulia

"Ramadhan Al-Mubarak"

Ramadan bermaksud "panas terik" dalam bahasa arab merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
— surah Al-Baqarah, ayat 183

“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...”
— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang fakir@miskin.

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh/sebahagian) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Fadhilat Nisfu Syaaban

  • Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.

  • Mengadakan Qiamullail.

  • Berpuasa pada siang harinya.



Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban

- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.


SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.


Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.


Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.


Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.


Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.


Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.


Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.


Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.


Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).


Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:


"Allah menghapuskan apa yang Dia ke dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)."(Surah al-Rad , ayat39)


Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.


Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir.

Tuesday, June 15, 2010

Tragedi di TT

Semalam aku bersama 3 sahabat pergi makan malam area Kg Baru… wah mahal gak ler kedai tu… maybe salah pilih kedai kot... tapi tak kisahlah… dah rezeki tuan kedai…


Kami sampai disana dalam pukul 9.30 malam.


Selepas selesai, kami pergi ke Taman Tasik Titiwangsa dalam pukul 10.30 malam untuk membuat latihan choir yang akan kami persembahkan pada ahad 20 Jun 2010.


Oleh kerana kami sampai awal… kami praktis antara kami saja. Anggaran 14 orang yang hadir untuk latihan ni daripada 20 orang yang terlibat.


Kami memulakan latihan… praktis… latihan… praktis… nyanyian… koir... dance (yr ke)… lebih kurang ler… ramai gak kenderaan…MOTOR…KERETA…basikal ade gak… dorang ni datang nak “merendek” aper... malam2 kat taman…{ishh… tak baik buruk sangka kan… ;)}


Alkisahnya… terjadi satu kejadian di waktu kami training2 lelaki dengan 1 motor berhenti di tempat kami… sorang daripada mereka turun…


&…


JUN “laptop wei…!!!”


Mamat tu cuba merompak kami!!!…


APA!!!!…


Dia menghunus pisau lipat (yg berape sen tu…) dan salah seorang sahabat kami, aina terhiris dilengannya kerana cuba menangkap mamat berkenaan… dan ada sahabat yang lain menyelamatkan hP & beg sebelum di curi oleh mamat berkenaan… sampai selipar tertinggal…


Nasib baik… mereka beredar tanpa dapat merampas apa2 khazanah daripada kami… alhamdulillah semua selamat…


Kami terus sepakat beredar saja dari tempat kejadian…

Wednesday, April 14, 2010

Tip Penjagaan KAKI

kaki

Penjagaan kaki seringkali mendapat perhatian yang terakhir sekali oleh seseorang, selaras dengan kedudukannya yang paling terkebawah pada tubuh manusia. Namun ini tidak bermakna bahawa kepentingannya adalah yang paling rendah berbanding dengan anggota-anggota yang lain. Berikut adalah beberapa tips penjagaan

Berehat
Sebahagian besar sakit kaki adalah sisebabkan oleh penggunaan otot kaki secara berlebihan. Kaki mempunyai empat kumpulan otot asas untuk membolehkan ia digerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Dalam jangka masa yang tertentu, kaki akan berasa sakit kerana penggunaan otot secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, kita hendaklah berehat seketika (untuk mengelak muscle tension), Sebaik-baiknya angkat kaki sehingga ke paras 45 darjah. Senaman ini dilakukan selama 10 minit.

Rendam kaki
Masukkan dua sudu kecil garam Epsom (boleh didapati di farmasi) ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim.

Urut
Berurut dapat melegakan kesakitan. Gunakan minyak urut, minyak bayi ataupun losyen khusus untuk mengurut kaki.

Gunakan air batu
Satu cara untuk mengelakkan kaki dari terus berasa sakit dan membengkak ialah dengan mengunakan ketulan air batu. Bungkus ketulan itu dengan kain kemudian ditekapkan di kaki.

Senaman kaki
Sebagaimana anggota tubuh yang lain, kaki juga akan sentiasa sihat jika kita sering bersenam. Senaman yang boleh dilakukan;
- tanggalkan kasut, letakkan tapak kaki di atas bola golf dan pusingkan tapak kaki beberapa kali
- Taburkan guli di atas lantai dan kutip dengan menggunakan ibu jari kaki

Potong kuku kaki
Kuku yang terlalu panjang boleh menyakitkan kaki. Oleh itu, potong kuku dengan sempurna.

Kawalan berat badan
Badan yang terlalu gemuk boleh meninggalkan kesan tidak sihat pada kaki kerana ia terpaksa menampung berat badan yang tidak seimbang. Justeru itu amalkan diet yang seimbang untuk kesan pemulihan jangka
panjang.

Beli kasut yang sesuai
Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada kaki. Contohnya, apa bila hendak bersukan dan bersenam, pastikan kasut digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti.

Jangan pakai kasut koyak
Elakkan memakai kasut yang sudah koyak. Sebaik-baiknya gantikan dengan sepasang kasut yang lebih selesa. Antara tanda kasut yang tidak sesuai lagi untuk dipakai ialah;

    • kaki berasa sakit
    • kaki cepat letih- lutut kelihatan bengkak
    • kesakitan pada pangkal peha
Selamat Mencuba

Artikel ini dipetik daripada;
Cara Jaga Kaki
Berita Minggu (11 Oktober 1998)
Ruangan Panduan

Thursday, February 25, 2010

MauliduRasul

ASSALAMUALAIKUM...

Apa erti maulidur rasul kepada kita umat islam dan masyarakat islam pada hari ini...
Kenapa kita bercuti dihari tersebut?..

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu hari kelahiran nabi junjungan kita yang merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Percaya kepada nabi dan rasul adalah rukun iman yang ke-4. Iaitu meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah S.W.T. untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik dan diredhai Allah.

Monday, January 4, 2010

Tragedi... di pagi hari (BERULANG...)

Tragedi berulang…


Pada 5/1/2010 jam 0600, seorang sahabatku, Nas, semasa berkayuh seorang diri sambil teringatkan kes yang aku citer sebelum ni… { tragedi 30/12/2009}


Tetiba terdengar bunyi moto slow & dengar suara sedih berkata …


dik…dik…tumpang tanya…


keramat katne eh… adik abg xcident…”


Nas pon slowkan kayuhan n pandang belakang…


{“JANGAN PANDANG BELAKANG”}

(Muka mamat tu hensem beb walaupun muka sedih…hehehe)


Nas yang memang x tau KL ni teragak2 lah nak jawab… tetiba nampak Aida… terus Nas berhenti basikal… dia pon berhenti sekali… sudah dua2 pon berhenti…(dalam hati Nas…harap2 Aida kayuh laju)


So, Aida pon sampai… mamat tu guna dialog yang sama… Aida cakap straight je… Mamat tu cakap minta tolong tunjuk @ tolong call adik dia…

(ni mesti nk curi hp)…


Nas dengan poyo nye cakap (beranila Aida ade… hehehe)…ikut signboard jek!… mamat tu still x berganjak…


Nas pon berkata lagi…


“Jap eh bang… tunggu husband jap…


dia follow kitorang tadi…’’ hehehe…


{dia ingat dia sorang pandai berlakon…aku pon teror berlakon gak…haha}


mamat tu terus blah…


Nas terselamat…


Kemudian… tiba di tempat Mazn…


“dik tumpang tanye…


Jalan Sultan Ismail ktner?…”


Mazn tersentak & berdebar… teringat kes minggu sudah… sambil menoleh dengan muka agak ketakutan menjawab…


“Sorry… TAK TAU…”


Mamat tu memandang dengan blur & pelik… pastu blah…{keluar exit Jalan Sultan Ismail}


Selepas 2 kejadian… semua sahabat (Darmi, Mazn, Nas, Aida, Nazza, Yuzi, Ziey) berkumpul… & bergerak sekali untuk 2 pusingan lagi…


SELAMAT!!!…



“Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan2 celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (KALAH). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.”…



…Sebelum itu… di Jalan Tun Razak… berhadapan flat PKNS… pada pukul 3.00 pagi… satu kemalangan telah berlaku… sebuah teksi remok menghala ke Ampang Park…


Thursday, December 31, 2009

Tragedi... di pagi hari (2 hari sebelum tahun baru...)


story its begin…


Pada tanggal 30/12/2009 jam 0600 pagi… aku berkayuh bersama sahabat… Darmia, Mazn, Aida. Seorang pemuda yang tak dikenali memasuki highway AKLEH


First dia tegur Mazn… "dik tumpang tanye…" Mazn dah kehadapan… so dihadapan dia menjawab "SORRY!!!..."


Second… dia tegur Darmia… “dik kampung baru katner?” Darmia melihat wajahnye… dalam hati berkata …”macam aku kenal saja mamat ni… tapi di mana ya…

{di suatu malam ketika melalui jalan yang sama… mamat ni lah yang bertanya soalan yang sama padaku…}


"dik kg baru katne?.."

Mamat ni pun mungkin teringatkan muka Darmia… so dia blah…


Next… lepas roundbout… giliran aku pula… dia bertanya kepadaku

"dik tumpang tanyekeramat ktner?…"

aku jawab kt depan tu…

"leh tunjukkan jalanadik abg xciden…"


dia tolak pedal sit aku… so gerak laju sekali ngan dia… aku kate… jalan terus tu, atas highway… sampai keramat…


"leh tunjuk jalan g keramat…"

{maksudnye tunjuk sampai keramat… (ikut sekali ler)}


"adik abg xsiden nie…"


aku tersedar dia ni ada motif lain… so, aku lekangkan basikal aku dari dia… dia mcm marah… aku pikir nak pecut ke depan… sure dia leh kejar aku… kalu berhenti… dia leh berhenti… kang tangkap aku lak… so, aku pelan kayuh slow… biar dia ke depan… xleh nak ke belakang… pastu dia pandang belakang…


{dalam masa yang sama… Darmia teringat kat aku… so, dia pon pecut… nak selamatkan aku… sambil jerit nama aku… aku tak dengar pon!!!… hehehehe}


Mamat moto tu pandang belakang & nampak Darmia… dia ejek aku & terus blah… fuhhhh…… aku berhenti n tunggu Darmia …


~~~~~~ the End… ~~~~~~


## Berhati-hati di jalan raya… sentiasa berteman walaupun berhampiran rumah anda!!!…

12 Puzzle Flash Game